Isnin, 27 April 2009

Orang Asli adalah Orang Asal di Malaysia

Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu saya ingin menerangkan akan tujuan blog ini diterbitkan, misi utama ialah untuk mendefinisikan agama, sejarah, adat resan dan budaya masyarakat kami Orang Asli, visi blog ini ialah untuk mendapatkan pengiktirafan kewujudan masyarakat kami Orang Asli sebagai Orang Asal Malaysia, setaraf dengan penduduk Asal di Sabah dan Sarawak, menjadikan masyarakat kami lebih dikenali dan dihormati, saya yakin dengan adanya pengiktirafan tersebut dimana membabitkan hak-hak masyarakat kami terhadap tanah-tanah adat, mengamalkan Agama, adat dan budaya pastinya akan menjadikan masyarakat kami lebih maju setanding dengan masyarakat lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan