Rabu, 15 April 2009

SIAPA YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI ORANG ASLI?

SEJARAH KEWUJUDAN ORANG ASLI DI MALAYSIA;

Orang Asli merupakan penduduk asal sesebuah negara. Undang-Undang 1939 mendefinisikan Orang Asli sebagai seseorang yang kedua orang tuanya merupakan anggota suatu suku asli dan atau keturunan melalui garis lelaki orang-orang semacam ini (169). Sejurus selepas itu yakni pada tahun 1954 terbentuk pula satu lagi undang-undang Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) pindaan 1974. yang berkaitan dengan Orang Asli iaitu Ordinan Orang-Orang Asli( Aboriginal People’s Ordinance). Definisi yang diberikan oleh Ordinan ini berkenaan dengan siapa yang dimaksudkan sebagai Orang Asli lebih jelas dan terperinci. menurut Ordinan ini ;
 1a. Setiap orang yang ayahnya adalah atau pernah merupakan anggota dari sebuah kelompok etnis Orang Asli, yang berbicara bahasa Orang Asli dan biasanya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat istiadat serta kepercayaan Orang Asli termasuk keturunan melalui garis pria dari orang-orang sseperti ini;
1b. Setiap orang dari ras apapun yang diadopsi ketika bayi oleh Orang Asli yang telah dibesarkan sebagai Orang Asli, biasanya berbicara bahasa Orang Asli , biasanya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat istiadat serta kepercayaan Orang Asli dan merupakan anggota dari suatu komunitas Orang Asli
1c. Atau anak dari perkahwinan antara seorang perempuan asli dan seorang lelaki dari ras yang lain, asalkan sang anak biasa berbicara bahasa Orang Asli, biasanya mengikuti cara hidup Orang Asli dan adat istiadat serta kepercayaan orang sali dan tetap merupakan anggota sebuah komunitas Orang Asli.

Catatan sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli merupakan manusia pertama menduduki negara ini. Mengikut beberapa teori sejarah, kumpulan manusia yang pertama samapi ke negara ini adalah kumpulan suku Negrito. Kumpulan manusia pertama ini dipercayai telah sampai ke sini kira-kira 25000 tahun yang lalu. Diikuti kemudiannya oleh kumpulan orang Senoi yang telah sampai ke sini sekitar 6000-8000 tahun yang lalu dan barulah kumpulan Melayu Asli yang sampai ke sini sekitar 4000 tahun kemudian. Umumnya terdapat dua kenyataan yang mengisahkan bagaimana Orang Asli ini boleh menetap di hutan. Dari segi teori pensejarahan dikenalpasti bahawa kedatangan kumpulan baru yang dikenali sebagai Melayu Deurto telah menyebabkan kumpulan manusia pertama ini lari ke hutan dan menetap di hutan tersebut hinggalah ke hari ini.

Dari sudut ilmu sastera pula adalah dipercayai bahawa pada zaman dahulu Orang Asli ini merupakan orang yang bijak berbahasa, halus tutur katanya serta mempunyai persamaan dengan bahasa istana. Kerana itu ahli Antropologi percaya bahawa Orang Asli ini suatu ketika dahulu pernah berkerja di istana. Kebijaksanan mereka dalam meramalkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang telah menyebabkan Orang Asli ini melarikan diri dari istana menuju ke hutan. Menurut ceritanya, selepas Dang Anum, isteri Laksamana Bentan memakan buah nangka milik Sultan Mahmud, Orang Asli yang ketika itu berada di istana Sultan, meramalkan huru-hara akan berlaku apabila Laksamana Bentan yang tidak ada di istana, akan kembali dan menuntut bela atas kematian isterinya Dang Anum. Justeru sebelum apa-apa terjadi Orang Asli melarikan diri ke dalam hutan Johor, Negeri sembilan, Pahang, Perak dan Kelantan. Orang Asli ini terus menetap di dalam hutan berkenaan hinggalah ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan